PROGRAM REKALIBRASI TENAGA KERJA & PROGRAM REKALIBRASI PULANG

12 November 2020 (Khamis) : Sesi pertemuan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri bersama YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia. Sesi pertemuan ini membincangkan mengenai Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Pada 21 Oktober 2020, kerajaan telah bersetuju dengan cadangan Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang merangkumi dua komponen utama program khas berkenaan iaitu Program Rekalibrasi Pulang dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja. Pelan Rekalibrasi PATI ini akan dilaksanakan bermula 16 November hingga 30 Jun 2021 oleh Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama strategik daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia serta agensi-agensi Kerajaan yang lain tanpa penglibatan vendor atau pihak ketiga.

Published : 13-Nov-2020

Switch To Desktop Version